Syamsul Adlan Mahrim merupakan seorang perunding strategi perniagaan yang menggabungkan latar belakang kejuruteraan dengan pengalaman transformasi perniagaan. Latar belakang akademik beliau merangkumi Sarjana Penyelidikan Kejuruteraan (Keserasian Elektromagnet) dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM), dan Sarjana Eksekutif dalam Inovasi Perniagaan dari UNISZA.
Gabungan pengalaman kejuruteraan, akademik dan industri yang membentuk pendekatan yang lebih berstruktur dalam menangani cabaran perniagaan SME.
Hampir 10 tahun pengalaman akademik, termasuk pernah menerajui Jabatan Kejuruteraan di Universiti Sains Komputer dan Kejuruteraan Malaysia (UNIMY), serta mengajar di UTHM dan UniKL British Malaysian Institute.
Enam tahun pengalaman industri dalam bidang Mekanikal & Elektrikal (M&E), penyiaran (broadcasting), serta sistem perlindungan kilat dan pembumian — pengalaman yang mendorong beliau membangunkan Market Driven Framework (MDFYP), satu model yang menyelaraskan inovasi teknikal dengan kebolehlaksanaan dari segi komersial.
Sejak 2016, beliau telah bekerjasama dengan pelbagai organisasi — termasuk firma dalam sektor kewangan, kejuruteraan, dan minyak & gas (Tier-2), termasuk penglibatan dalam projek berkaitan Petronas — turut memberi khidmat perundingan kepada sektor fesyen, F&B, dan agensi pelancongan.
Strategi yang berkesan bukan tentang meniru model korporat besar — tetapi membina apa yang benar-benar sesuai dengan realiti SME.
Sebahagian daripada sesi perundingan, latihan dan lawatan klien sebenar.
Sijil dan keahlian yang menyokong pendekatan mentoring dan perundingan beliau.